Jelajah Orang Johor DUN Gambir 2026 - Himpunkan Masyarakat Dalam Suasana Meriah dan Penuh Ukhwah

📅 Sabtu, 13 Jun 2026📍 Sekitar DUN GambirDiterbitkan: 15 Jun 2026
Jelajah Orang Johor DUN Gambir 2026 Himpunkan Masyarakat Dalam Suasana Meriah dan Penuh Ukhwah

Program Jelajah Orang Johor (JOJ) DUN Gambir 2026 berjaya menghimpunkan masyarakat dalam suasana penuh meriah, harmoni dan semangat kekeluargaan. Pelbagai pengisian telah diadakan sepanjang hari termasuk Semarak Subuh, konvoi komuniti, Ziarah Aspirasi, sukan rakyat serta malam kebudayaan yang mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk sekitar. Program ini bukan sahaja mengeratkan hubungan antara pemimpin dan rakyat, malah menjadi platform memperkukuhkan perpaduan, semangat kesukarelawanan serta jati diri Bangsa Johor dalam kalangan masyarakat setempat.

GAMBIR, 13 Jun 2026 – Program Jelajah Orang Johor (JOJ) DUN Gambir 2026 berlangsung dengan meriah dan mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk sekitar DUN Gambir serta kawasan berdekatan.

Program yang berlangsung sepanjang hari ini menampilkan pelbagai aktiviti kemasyarakatan, keagamaan, kebudayaan dan kesukanan yang melibatkan penyertaan pelbagai lapisan masyarakat tanpa mengira usia.

Semarak Subuh Membuka Tirai Program

Program dimulakan seawal pagi dengan Semarak Subuh di Masjid Jamek Bukit Gambir yang menghimpunkan jemaah daripada seluruh kawasan sekitar. Selain Solat Subuh berjemaah, program turut diisi dengan tazkirah agama yang menyentuh kepentingan perpaduan, ukhuwah dan pengimarahan rumah Allah.

Kehadiran golongan muda dalam program ini turut mendapat perhatian dan menjadi petanda positif terhadap usaha menghidupkan budaya ke masjid dalam kalangan generasi muda.

Konvoi dan Lawatan Komuniti

Selesai program pagi, peserta meneruskan perjalanan melalui Konvoi Jelajah Orang Johor DUN Gambir yang melibatkan pelbagai komuniti motosikal dan sukarelawan tempatan.

Jelajah tersebut turut diselitkan dengan lawatan ke beberapa lokasi penting termasuk projek pembangunan komuniti serta program Street Dakwah yang memberi ruang perkongsian ilmu dan nasihat kepada masyarakat setempat.

Ziarah Aspirasi Santuni Warga Memerlukan

Salah satu pengisian utama program ialah Ziarah Aspirasi DUN Gambir, yang menyaksikan lawatan ke beberapa kediaman warga emas dan individu yang uzur di sekitar Sagil, Sengkang, Kg Melepang, Kg Hang Tuah, Kg Sri Melaka dan Kg Sri Paya Batu 20.

Melalui program ini, sumbangan barangan keperluan harian dan bantuan kewangan disampaikan bagi meringankan beban penerima. Aktiviti ini bukan sahaja membantu golongan yang memerlukan malah mengeratkan hubungan antara pemimpin dan masyarakat.

Sukan Rakyat Meriahkan Suasana

Pada sebelah petang, suasana di Padang SK Sawah Ring menjadi lebih meriah dengan penganjuran Sukan Rakyat Jelajah Orang Johor DUN Gambir 2026.

Pelbagai acara dipertandingkan termasuk tarik tali, sepak raga bulatan, rentap penalti dan penalti bola jaring yang berjaya menarik penyertaan ramai peserta serta sokongan padu daripada ahli keluarga dan penduduk setempat.

Aktiviti ini berjaya memupuk semangat kesukanan, kerjasama berpasukan dan perpaduan dalam kalangan masyarakat.

Malam Kebudayaan Menutup Tirai Program

Sebagai kemuncak program, orang ramai membanjiri lokasi Malam Kebudayaan Jelajah Orang Johor DUN Gambir yang menampilkan persembahan seni dan budaya serta hiburan keluarga.

Program ini berjaya mewujudkan suasana penuh kemeriahan dan menjadi platform terbaik untuk memperkukuhkan hubungan silaturahim antara masyarakat pelbagai latar belakang.

Mengeratkan Hubungan, Memperkukuh Perpaduan

Secara keseluruhannya, Jelajah Orang Johor DUN Gambir 2026 berjaya mencapai objektifnya sebagai medium mendekatkan pemimpin dengan rakyat, memperkukuhkan perpaduan masyarakat serta menyemarakkan semangat Bangsa Johor.

Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang terlibat sama ada sebagai penganjur, sukarelawan, peserta mahupun pengunjung yang telah bersama-sama menjayakan program ini.

Semoga program seumpama ini terus menjadi wadah penyatuan masyarakat dan membawa manfaat kepada seluruh warga DUN Gambir.

Galeri Gambar

Jelajah Orang Johor DUN Gambir 2026

1 gambar

🖼️ Lihat Galeri Gambar →