Kursus Pengurusan Jenazah | Masjid Al-Falah Kg Hang Tuah

📅 Isnin, 14 Julai 2025📍 Masjid Al-Falah Kampung Hang TuahDiterbitkan: 6 Mei 2026
Kursus Pengurusan Jenazah | Masjid Al-Falah Kg Hang Tuah

Kursus Pengurusan Jenazah yang diadakan di Masjid Al-Falah Kampung Hang Tuah mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat setempat dengan penyertaan pelbagai peringkat umur termasuk dewasa, remaja dan kanak-kanak. Program ini berjaya memberi pendedahan ilmu fardu kifayah berkaitan pengurusan jenazah secara teori dan praktikal serta menyemai semangat tanggungjawab bersama dalam komuniti.

Masjid Al-Falah Kampung Hang Tuah dengan kerjasama JPKK Hang Tuah Melepang dan Termil telah berjaya menganjurkan satu Kursus Pengurusan Jenazah pada Ahad, 27 Julai 2025 bertempat di Masjid Al-Falah. Program ini berlangsung dari jam 8.00 pagi hingga 11.00 pagi dan mendapat sambutan amat menggalakkan daripada penduduk setempat.

Apa yang membanggakan, kursus ini telah disertai oleh pelbagai lapisan masyarakat termasuk golongan dewasa, remaja dan kanak-kanak. Kehadiran peserta yang pelbagai ini mencerminkan kesedaran komuniti terhadap kepentingan ilmu fardu kifayah khususnya dalam urusan pengurusan jenazah.

Penceramah jemputan, Ustaz Hedayat daripada Unit Dakwah, Pejabat Kadi Daerah Tangkak telah menyampaikan ceramah dengan penuh berhemah dan berkesan. Beliau berkongsi ilmu dan pengalaman luas beliau dalam menguruskan jenazah dengan pendekatan yang mudah difahami oleh semua peringkat umur. Para peserta diberi pendedahan menyeluruh bermula dari teori hingga ke sesi praktikal seperti tatacara mandi, mengkafan dan solat jenazah.

Sepanjang kursus, peserta menunjukkan minat dan kerjasama yang tinggi. Ramai yang meluahkan rasa bersyukur kerana berpeluang mempelajari ilmu penting yang jarang diberi penekanan secara terbuka. Program ini bukan sahaja memberi ilmu, malah berjaya menyemai rasa tanggungjawab bersama dalam kalangan masyarakat kampung untuk bersedia melaksanakan fardu kifayah apabila diperlukan.

Pihak penganjur merakamkan ucapan terima kasih kepada semua peserta, fasilitator, sukarelawan dan individu yang terlibat dalam menjayakan program ini. Diharapkan agar kursus seperti ini dapat diteruskan dari semasa ke semasa demi memperkasakan ilmu agama dalam komuniti.

Galeri Gambar

Kursus Pengurusan Jenazah Lelaki - Masjid Al-Falah Kg Hang Tuah

29 gambar

🖼️ Lihat Galeri Gambar →