Anjuran Biro Belia & Keceriaan JPKK Hang Tuah Sagil
Pada hari Sabtu, 5 Julai 2025, satu program gotong-royong telah diadakan di Padang Bola Melepang yang melibatkan penyertaan aktif daripada penduduk kampung, khususnya belia dan ahli Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Hang Tuah.
Program ini bertujuan untuk membersihkan dan menceriakan kawasan padang bola, agar dapat dimanfaatkan oleh penduduk setempat bagi aktiviti riadah, sukan, dan program kemasyarakatan. Selain membersihkan semak-samun dan longkang sekitar padang, kerja-kerja membaiki peralatan asas serta kutipan sampah turut dijalankan secara bergotong-royong.
Program ini turut menjadi medan mempereratkan semangat kerjasama dan kekitaan dalam kalangan komuniti. Sokongan dan komitmen yang ditunjukkan oleh para sukarelawan amat dihargai dan diharap dapat diteruskan dalam program-program akan datang.
Syabas dan terima kasih kepada semua yang telah meluangkan masa, tenaga, dan semangat demi kesejahteraan kampung kita.
