Program Korban Perdana 2026 Bakal Menghimpunkan Komuniti Kg Hang Tuah

📅 Khamis, 28 Mei 2026📍 Tanah Wakaf Masjid Al-Falah Kg Hang TuahDiterbitkan: 8 Mei 2026
Program Korban Perdana 2026 Bakal Menghimpunkan Komuniti Kg Hang Tuah

Masjid Al-Falah Kg Hang Tuah bakal menganjurkan Program Korban Perdana 2026 pada 28 Mei 2026 (Khamis) sebagai usaha mengeratkan ukhuwah dan menyemarakkan semangat ibadah korban dalam kalangan komuniti setempat.

Program Korban Perdana 2026 Berlangsung Meriah dan Lancar

Alhamdulillah, Program Korban Perdana 2026 anjuran Masjid Al-Falah Kg Hang Tuah telah berjaya dilaksanakan dengan penuh lancar pada Khamis, 28 Mei 2026 bersamaan 11 Zulhijjah 1447H.

Program yang melibatkan penyertaan penduduk Kampung Hang Tuah, Melepang, Termil dan Kurnia Jaya ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan daripada masyarakat setempat. Semangat gotong-royong, kerjasama serta ukhuwah yang ditunjukkan oleh para peserta, petugas dan sukarelawan anak-anak muda telah menyumbang kepada kelancaran keseluruhan program.

Sebanyak 8 ekor lembu telah berjaya disempurnakan urusan penyembelihan, melapah dan pengagihan mengikut ketetapan syarak serta perancangan yang telah ditetapkan oleh pihak urusetia.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua peserta korban dan akikah, para penyumbang, AJK masjid, petugas, sukarelawan anak-anak muda serta seluruh ahli kariah yang telah bertungkus-lumus menjayakan program ini.

Alhamdulillah, semua urusan telah berjaya diselesaikan mengikut jadual yang dirancang dan program secara rasminya tamat pada jam 12.30 tengah hari.

Semoga segala amal ibadah, pengorbanan dan sumbangan yang diberikan diterima oleh Allah SWT serta menjadi asbab keberkatan kepada seluruh masyarakat.

"Satu Ibadah, Seribu Manfaat".

Galeri Gambar

Korban Perdana Masjid Al-Falah Kg Hang Tuah 28052026

1 gambar

🖼️ Lihat Galeri Gambar →