PROGRAM AMBANG MERDEKA KOMUNITI MADANI SENGKANG 2025
1. Tajuk Program
Program Ambang Merdeka 2025 – Komuniti Madani Sengkang
2. Anjuran
Komuniti Madani Sengkang
Dengan Kerjasama penduduk Kampung Sengkang dan agensi-agensi tempatan.
3. Tarikh / Hari
31 Ogos 2025 / Ahad malam Isnin
4. Masa
Selepas Solat Maghrib hingga 11.30 malam
5. Tempat
Perkarangan Surau Kampung Sengkang
6. Objektif Program
Meningkatkan semangat patriotisme dalam kalangan penduduk kampung.
Mengeratkan hubungan silaturrahim antara penduduk pelbagai peringkat usia.
Menyemai semangat cintakan negara dalam kalangan kanak-kanak.
Menjadikan sambutan kemerdekaan sebagai wadah kerohanian, kebudayaan dan hiburan sihat.
7. Tentatif Program
Masa Aktiviti
7.15 malam Bacaan Yassin dan Doa Selamat
8.00 malam Ucapan Alu-Aluan Pengerusi Komuniti Madani Sengkang
8.20 malam Sayembara Sajak Merdeka (Terbuka Remaja & Dewasa)
9.30 malam Pertandingan Pakaian Tema Merdeka (Kanak-kanak bawah 12 tahun)
10.00 malam Jamuan Rakyat
11.00 malam Persembahan Bunga Api & Penutup
